Lama tak update blog ni. Kali ni, saya akan ceciter peralatan yang digunakan jika berniaga makanan.

 

Secara asasnya, tanpa mengira jenis produk, anda perlu ada :

  1. Payung besar, kaki payung @ payung 4 segi
  2. meja lipat & papan
  3. lampu
  4. generator @ bateri kereta

Apabila anda hendak membeli payung, pastikan warna payung adalah cerah, sekurang-kurangnya 1 jalur berwarna kuning. Ini kerana payung berwarna biru&merah akan menyebabkan gerai anda nampak gelap pada waktu petang. Kekurangan cahaya akan menyebabkan produk anda kelihatan tidak menarik. Payung ada beberapa jenis. Harga saiz sederhana adalah lebih kurang RM80-RM90. Kaki payung pula berharga kira-kira RM45 ke atas. Sebagai alternatif, anda boleh membeli payung 4 segi(khemah/canopy 4 kaki), tetapi harga nye lebih mahal sedikit. Jika anda berniaga di pasar tani FAMA, anda wajib membeli canopy yang mereka sediakan. Meja lipat dan papan boleh diperolehi pada harga sekitar RM35 ke atas, bergantung pada size dan tinggi meja.

Sebagai permulaan, anda boleh membeli bateri kereta 2nd hand pada harga RM50(mungkin kurang), berbanding generator yang berharga beratus2. gunakan lampu kalimantang kecil. Anda boleh beli lampu kalimantang, siap dengan klip di kedai perkakasan pada harga RM18 ke atas(saya tak ingat RM8 atau RM18). Tapi awas, lampu ini tidak mempunyai perintang, oleh itu, jangan gunakan bateri kereta yang besar. Bateri yang terlalu kuat akan menyebabkan lampu terbakar. Jangan caj bateri sebelum anda keluar berniaga! ;)

Untuk peniaga makanan, anda perlu mengetahui jenis-jenis dapur gas. ada tungku bertekanan tinggi, yang digunakan oleh peniaga char kuey toew dan roti canai. Tungku ini berharga lebih mahal berbanding tungku biasa. Oleh itu, pastikan anda tahu jenis api yang diperlukan untuk memasak produk anda. Jika anda hanya ingin menggoreng dalam jumlah kecil, anda boleh mulakan dengan dapur gas murah berharga RM45 yang boleh didapati di pasaraya.

Selain daripada itu, anda juga perlu tahu jenis dan saiz kuali yang sesuai. Anda perlu buat kajian dahulu untuk mengelakkan kerugian kerana tersalah beli tungku dan kuali.

Jangan lupa pakai apron dan topi/tutup rambut ketika memasak. Pekerja anda juga perlu memakai apron dan tutup rambut walaupun hanya membungkus makanan kepada pelanggan. Jaga kebersihan gerai anda, pasti pelanggan akan bertambah2.